Harimau Malaya

7 FAKTA MENARIK TENTANG HARIMAU MALAYA


       Harimau Malaya atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan daripada sub-spesies Harimau Indochina melalui ujian genetik dan pada tahun 2004.

Fakta Menarik Harimau Malaya

1. Nama Sebenar, Nama Pengenalan dan Nama Panggilan

Nama saintifik bagi Harimau Malaya ini adalah 'Panthera tigris jaksoni' yang diambil sempena nama Peter Jackson, seorang ahli konservasif harimau Di Malaysia, Harimau Malaya ini juga dikenali dengan nama 'Pak Belang'.


2. 1 daripada 9 sub-spesies bersaudara

Sub-spesies Harimau Malaya mula ditemui pada tahun 2004, yang kemudiannya dijadikan sebagai haiwan kebangsaan Malaysia.

Terdapat 9 sub-spesies harimau yang wujud dalam dunia 3 sub-spesies telah diisytiharkan pupus iaitu

  • Harimau Bali ( Panthera tigris balica) , di Bali, Indonesia
  • Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica ), di Jawa, Indonesia
  • Harimau Kaspian ( Panthera tigris virgata ), di Laut Kaspia, Turki, Iran dan Asia Tengah
         Manakala 6 lagi sub-spesies Harimau yang masih dipelihara dan disimpan ialah:
  • Harimau Siberia ( Panthera tigris altaica ), di Amur-Heilong ( Rusia-China )
  • Harimau China Selatan ( Panthera tigris amoyensis ), di Southeast China-Hainan
  • Harimau Indochina ( Panthera tigris corbetti ), di Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja, Barat Daya China
  • Harimau Bengal ( Panthera tigris tigris) , di Bangladesh, Nepal, Bhutan, China dan Myanmar
  • Harimau Sumatera ( Panthera tigris sumatrae ), di Sumatera, Indonesia
  • Harimau Malaya ( Panthera tigris jacksoni ), di Semenanjung Malaysia

3. Harimau Malaya Berat Tapi Laju Berlari

Dan ini adalah 3 kali ganda lebih pantas daripada pelari pecut dunia Usain Bolt Dan 2 kali ganda lebi h Laju dai kepantasan kucing spesis biasa di perumahan kita!

4. Belang Sang Rimau

Identifikasi setiap Harimau Malaya adalah melalui belangnya yang berbeza Sama seperti cap jari manusia, tetapi ia tidak serupa.

5. Habitat Harimau Malaya

Harimau Malaya hanya wujud di Tanah Semenanjung Malaysia Ia tidak dijumpai di Sabah dan Sarawak.

Habitat utama harimau merentasi tiga landskap iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Johor, Pahang).

6. Usia Kehidupan Harimau Malaya

Usia hayat seekor Harimau Malaya adalah antara 21 hingga 26 tahun.

Ini bersamaan dengan usia antara 80 hingga 108 tahun usia manusia biasa!


7. Harimau Malaya Suka Tidur Siang

Secara purata, mencari harimau menghabiskan 18-20 jam sehari untuk tidur terutamanya pada waktu siang Ia selesa tidur di atas batu-batu atau di atas rumput liar dalam jajahannya.

Ketahuilah, lagi banyak Harimau itu bergerak, lebih lapar dan banyak lagi ia perlu makan!


Harimau Malaya hanya tinggal kurang daripada 200 ekor sahaja lagi kerana diancam kepupusan dek kerakusan manusia dengan kekayaan wang yang memusnahkan ekosistem.
alam.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ENGGANG

Tapir

Ikan Cupang